Taeyeon dan Tiffany Akan Keluarkan Solo Album?


Tahun ni paling puas hati bagi aku apabila SNSD keluar banyak lagu, starting daripada Party, Check dan sekarang Lion Heart dgn You Think. Tetiba hari ni keluar berita Taeyeon dan Tiffany akan release album bersama. Woii SME, pelan2 skit la, aku Party pon x puas lagi tgh layan kau dah keluarkan Lion Heart, tp tu aku anggap cam bonus la. Dan skang hang nak release album baru plak. Ko nak bunuh diorang ke hape. Rilek2 sudah..

Aku harap semua berita ni bukan dalam waktu terdekat ni, tunggu la bila dah bosan ngan dua2 album ni baru la keluarkan, macam dah xde unit group lain je dlm company tu. Memang la x sabar gak nak dengar album solo Taeyeon, tp aku setia menunggu, lagipon dah lama dah dengar Taeyeon akan keluarkan album tuh. Harapnye SME x amek orang lain dlm MV Taeyeon tu, aku nk tgk muka Taeyeon je please.. haha

Haah, teringat dulu ada Tiffany dan Taeyeon duet dalam satu performance. Bila dah tu, time tu aku pon baru nak kenal kid leader Taeyeon.

              

My Life Failure is Friends

Mimpi pagi ni memang betol2 menggoyangkan hati aku, sebak dan pilu terasa mengingatkan semula mimpi tu. Perasaannya macam hati ni dicucuk-cucuk sampai menitis air mata aku. And this is my concern di mana jarang aku menangis melainkan disebabkan dia. Yes, I dream of my only best friend in the world or I can just throw the best, my only friend in the in the world. Terkejut dgn panggilan ummi suruh bukak kunci pagar rumah, aku terjaga dan tersedar dari mimpi ni yang aku anggap sebagai worst nightmare ever. Terima kasih ummi lepaskan abg dari mimpi ngeri ni.

mimpi kehilangan kawan baik macam dia bukan sesuatu yang boleh dibuat main bagi aku. Im wondering nape aku mimpi mcm tu, aku harap itu hanyalah mainan syaitan memandangkan aku tidur selepas subuh. Setiap gerak geri dalam mimpi tu nampak mcm sebenar sampai x dpt aku bezakan realiti. Bangun2 terasa mata aku bergelinang dgn air mata. Kesedihan aku memang x dpt dielakkan bilamana aku tahu kemungkinan mimpi tu akan betul2 terjadi adalah sebanyak 70%.

Walaupun dia adalah best friend bg aku, tapi aku x rasa aku adalah best friend bg dia. Why? Sebab semuanya adalah salah aku, and only my fault. Terdapat banyak kesilapan yang aku dah lakukan sepanjang aku hidup bersama kawan2 aku. Kebanyakan orang pasti ada member yang boleh diharapkan, betol kan? Tapi aku xde, sebabnye sikap aku sebelom ni yang x nampak realiti hidup. Adakah seseorang akan masih menganggap aku sebagai best friend bila aku khianati kepercayaan dia terhadap aku. Hari ni aku sedar semua kesalahan yang aku dh lakukan sepanjang 21 tahun aku hidup, dan bila aku tgk balik mmg aku terus menerus buat kesalahan yang sama sejak aku di sekolah rendah lagi.

“socialize is not my thing” is the principle that I have depend on all my life, until today after I have done some reflection of my life. Disebabkan prinsip yang aku banggakan tulah hidup aku x sempurna. Latihan industri kali ni banyak mengajar aku tentang kehidupan dan mengubah cara aku melihat dunia. Social skill is truly important bukan setakat nak kerja tapi nak hidup, sebabnyer aku dh experience living alone dan apa yang aku rasa x complete bila duduk seorang? Someone to talk to. Sudah menjadi lumrah manusia berinteraksi antara satu sama lain, dan kita x boleh mengelak daripada sifat semulajadi tu.

Kehadiran dia membutakan mata aku terhadap benda lain. Everything I do must be related to him. Sebaik masuk universiti, aku accidentally terjumpa someone who potentially can be close to me, dan aku suka personaliti dia yang baik dan pendiam. From that, I have some target in my life, to make him my best friend and we can be happy together. Tapi bukan semua terjadi dengan apa yang kita dah plan, tapi aku percaya rancangan Allah lebih baik. Setelah 4 tahun, aku still nobody for him but an annoying clinging friend. Memang pon, 3 tahun kami x pernah berpisah lebih drpd 2 bulan, x pernah x contact lebih drpd 2 minggu dan semuanya sebab aku rindu ngan dia dan its always me who initiating the interaction. Semua reply apa dia layan je dan cuba x menyakitkan hati aku walaupun sebenarnya dia malas nk reply. And me, always keluarkan topic baru supaya kitorang sentiasa keep in contact, and I want him to always remember me.

I appreciate him who replying and helping me in my problem, but it is something he shouldn’t do actually to someone who betrayed him. Aku yakin dia tahu aku dh buat something yang x dpt dimaafkan tapi still dia layan dan keep in contact dgn aku. Kebaikan dia memang xda bandingan dgn sesiapa pon. Memang punca sebenar adalah aku, even dia considering me as his partner aku still teruskan buat salah tu. Harapan aku having someone to jokes to, someone to play with, and someone to talk harshly is basically gone.

Aku ingat lagi zaman aku sekolah menengah, ada dua orang kawan aku yang sentiasa cuba mendekati aku. Seorang daripada tu kawan lama aku daripada form 1, tp aku cuba mengelak daripada dia selepas kitorang berpindah ke sekolah yang sama waktu form 4. Aku x nak ada orang mengenali aku di sekolah tu so I purposely run away from him. Sorang lagi kawan baru aku di sekolah baru tu, seorang yang sgt riang dan comel. Tapi disebabkan populariti dia yang sgt dahsyat, aku pon cuba menjauhi dia jugak, tapi dia pulak sentiasa cuba mendekati aku sampaikan populariti dia jangkit kat aku. Kami dikenali ramai dan orang selalu kata kitorang xleh berpisah. Peliknya, dia x kisah pon org ckp apa pon pasal kitorang tapi aku, rasa janggal bila orang kata macam tu dan disebabkan xnak dgr org ckp mcm tu, aku pon kurangkan layan dia, tp time tu unconsciously happen. Aku x sangka simple relationship mcm tu pon akan dikenang. My chance to have someone close to me is gone because of my attitude, terlalu pikirkan apa yang org akan kata.


My life really is a mess. Aku still confuse apa dia rasa terhadap aku, aku x tahu samada dia masih percaya kat aku lagi ke x. hutang aku RM1000 dkt dia pon dia kata nnti ada duit baru bayar. Adakah tu maksudnya dia still trust me as friend? Kawan mana nk bagi hutang 1000 tanpa record hitam putih pon. Anyway pikir pasal hutang ni bagi harapan kat aku mungkin dia masih bagi peluang kat aku to repent and reflect of my action. I hope soo..

Random: First Time Experiencing Real 4G LTE Speed

Download speed 1mbps pon dh bersyukur gila2 dh, x pernah aku mengharap lebih dari tu, tp bila ada peluang jangan lepaskan.

Masuk bulan ni dh lebih kurang 4 bulan aku guna service jalan belakang telco nih.  50 ringgit tiap2 bulan untuk internet terasa berbaloi bila data unlimited dan speed laju. Memang la service yang aku pakai ni bukan dengan cara yang betul, tapi aku x rasa salah jugak memandangkan kemudahan internet kat Malaysia ni sepatutnya dah murah lama dah. Aku tau bukan senang telco service buat semua ni, tp aku x rasa kemudahan tux da, untung lebih atau untung sikit je. Bergantung.. idk

Baca feedback member2 lain kat group ssh banyak yang lagi laju dari 1mbps. Alang2 aku dah ada kat Bandar ni, bila lagi nak merasa speed laju, now is the time. So I decided to change sim kad ke 4G LTE. PERGHH, gabungan sim kad tu dgn modem 4g aku nih mmg terbaik habaq hang. Daripada line dual connection @ DC @ 3G+, aku boleh dpt download speed paling laju 10Mbps, tp 4G speed dia lain macam. Naik gila2 sampai maksimum 30Mbps rasanya.



Gambar ni adalah detik bersejarah orang kampung cam aku menikmati internet kelajuan LTE. Haha. 20Mbps ni sebenarnya bukan maksimum speed ni sbb sebelom ni aku pernah dpt 30Mbps. Takut sebenarnya internet laju sgt ni, bukan tau nk buat apa sgt pon. Paling kuat download drama, movie, game. Kalau setakat nak surf, internet yang aku pakai guna jalan belakang ni x disarankan sebab x stabil. Renyahnyer service ssh ni sbb kena ambil risiko kena patch. Kena sentiasa bersedia utk duit melayang 20 rggt ke atas bila service telco buat roadblock.



Malam ni tido awal sbb digi buat maintenance, hope jgn la block utk selama-lamanya mcm arwah ssh celcom dan arwah ssh maxis. Digi, jgn kejam sgt noh.. Kitorang bukan sengaja xnak guna legal service, tapi pikir la kewangan rakyat sama. Lagi2 duit ringgit tgh jatuh terok, paling terok dlm sejarah nih. Kenajiban betoll.. (bila jibby nk turun, xtau malu betoi dia tu).




Elok la lg 2 hari lg aku nk blah dari sini, jadi org kampung balek. Babai 4g, babai internet laju.. semoga berjumpa lagi.

Experience: Travel Alone is Not That Bad



Dah dekat 3 bulan stay kat hostel UPM ni untuk internship, tetiba datang idea nak jalan-jalan. This is like the greatest idea datang dari kepala aku. Mana tak nya, lebih sebulan lebih hujung minggu aku bosan tanpa kawan-kawan. Ada je kawan dekat-dekat sini, tp biasala im not that great in socializing, dan entah kenapa aku x enjoy pon lepak ngan kawan-kawan. So this trip will be alone and like a treat to myself, lagipon minggu ni last menetap di Bandar. Tengok-tengok sikit sementara ada masa.

Sebenarnya cuak jugakla nak jalan sorang-sorang, sebab sebelum ni pon selalu klu jalan-jalan pon kawan plan kan, x pon kalau ngan family pon ikut je. Bukan cuak sebab apa, Bandar bukan tempat aku. Lrt, monorel dgn ktm pon xtau beza sebelum ni, ada la pengalaman naik seminggu sebelum internship, dan first experience nak naik lrt kena tinggal ngan kakak aku. Haha, what a nice memories. Cuak aku time tu x pikir apa trus call ummi, jenuh kakak aku call aku x dpt2. Nasib la aku dh besar, boleh la buat keputusan sendiri dan independent skit. Benda simple tp kalau x pernah mmg la akan jakun sikit.

So, my plan is to visit Batu Caves, tempat hindu beribadat. I also wonder with myself why Batu Caves, kalau ikut personaliti aku mmg batu caves adalah destinasi terakhir sebabnye aku agak racist dgn kaum india. Tu citer sebelum ni, mungkin aku dh boleh terima multiracial dkt Malaysia ni. Salah satu sebab utama aku pilih batu caves sebab dia direct trus ngan ktm, so xyah amek teksi or bas dah. Malas betul nk habiskan duit kat teksi @ habiskan masa dkt bas. Train mmg the best option la dkt Bandar ni, tu aku suka kat Bandar sng nk jalan. Dan sebab yg paling best adalah x payah keluar duit kt batu caves. Klu aku pergi KL bird park, entrance fee sampai 50 rggt, kalau FRIM canopy walk pon mesti kena bayar jugak.

Pergh, sampai je mmg ramai org lagi2 hari Ahad. Rata2 pelancong asing, org putih dgn org indon. Mula2 ingatkan org melayu, tp jarang la jumpa melayu, indon ramai. Perjalanan drpd UPM melalui ktm serdang ke batu caves amik masa selama 1 jam 30 minit, tukar train kat ktm Putra. Ingatkan kena beli token mcm naik lrt haritu, tp rupanya beli tiket je ktm. Hari ni baru dapat beza ktm ngan lrt. Hahaha..



Banyaknya patung berhala hindu tu x terkira, tp tu bukan my objective. Dari jauh tgk tangga tinggi tu, mmg kagum. Snap skit gambar, terus panjat. Tgk mmg x macam tinggi pon, berapa anak tangga je pon, tp bila dah panjat baru tau. Org x fit mcm aku mmg la mengah, lagi2 mmg x pernah beriadah pon sepanjang taun ni (yes I realize my fault, sbb tu la gemok). Xda apa yg fascinating sgt pon, tp bila travel sorang2, aku sedar aku lebih suka perhatikan gelagat org dr surrounding environment. Seronok sebenarnya tgk ada pelancong asing pose nk ambek gambar, selfie (ye lah, aku dh bosan trok dah time tu)



Baru skang baru aku tau kenapa batu caves salah satu tempat yg patut dilawati kat KL, sebabnya bukan ada patung berhala kt sini, ada dark cave tour, education dgn tour experience ape tah.. lain dari tu, dr atas tangga tu, boleh nmpak pemandangan KL dari jauh, tp x nampak lak menara kuala lumpur dgn KLCC, belah lain kot. Tgk sebelah tu ada gak mcm zoo ke apa tah. Benda2 yang melibatkan duit nk masuk mmg aku xkan pergi, mcm dark cave tour tu, kena bayar 25 ringgit kot. Sayang duit..



Dah jalan2 sikit, jom belah. Malas aku dok lama2 kt batu caves tu. So dalam sejam je la aku kt situ, naik tangga tgk2 sikit, blah. Tp please keep in mind jgn beli air minuman kat situ, xtau kenapa rasa dia lain macam. Jgn diorang letak air pelik2 dah. Aku dah terminum terus x jadi, so walaupon penat gagah jugak la. Next destination, kl sentral sebab alang2 nk balek serdang kena lalu kl sentral. Mmg plan aku nk tgk movie kt kl sentral. Aku nk experience tgk movie sorang2, aku curious nk tau apa rasa bila pegi wayang sorang. Of course la aku malu, nampak sgt xda kawan.

Mula2 nak pegi kaunter nk beli tiket, aku duduk situ dalam 15 minit tgh decide nak tgk ke nak blah, malunye nk beli satu tiket je. And then, x tau mana dtg courage tu trus beratur dan dgn poker facenye minx kat org tu satu tiket. Reaction org tu lain drpd yg aku expect, dia dgn selambanya suruh aku pilih seat, ingatkan dia akan pelik ke apa. Tp tu la, cashier tu x kisah pon kau nk tgk ngan sapa, berapa org pon, tu keje dia kan. Lepas beli tiket tuh, confidence level increasing. Haha..



Hitman Agent 47, movie yg dicadangkan oleh kawan baik aku. Nk try gak tgk mcm mana diorg adaptkan drpd game ke action movie. Tgk trailer dh stail giler dh. Dgn harga 14.50 (bapak mahal gsc nu sentral) duduklah tersepit antara couple sebelah kiri and member dua org belah kanan. Buat selamba kunyah popcorn je laa.. awkward but still enjoyable. Apa yang aku perasan, kenapa movie tu mcm adaptation drpd fusion of watchdogs dgn hitman? Element hitman, professional assassin tp teknologi dia tu watchdogs operating system. Haha. Bukan nk kata coincident tp sebijik, dari tulisan dgn design UI dia mcm watchdogs. Xtau la hitman mmg macam tu ka, x pernah main hitman sebelum ni. Aku bagi rating 6/10 sbb jalan citer yang agak straight.

Experience aku hari ni mmg aku xkan lupakan, treating myself after sacrifing for about 8 month internship, struggling with the work life. Huh, students life is much better, xnak keje!! Waa~


Its not that bad travelling alone, no one keep an eye for what you do (except kalau kau kaya or hensem gila xtau la), so we are free to do what we want. Mmg akan rasa awkward dan kdg2 rasa nk menangis, tp still better dr melanguk dlm bilik tidur hujung minggu.